Di ambang Aidil Adha, para pendakwah perlu merenung dalam terhadap perjuangan Saidina Ibrahim A.S secara teliti dan membongkar nilai-nilai tarbawi daripadanya.
Tajarrud (kebulatan nekad) Sayyidina Ibrahim A.S terbukti dalam beberapa situasi:
1. Berlepas diri dari ayahnya yang dikasihi, apabila terbukti ayahnya tidak mahu beriman;
Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.
(At-Taubah : 114)
2. Sanggup menyembeli anaknya yang tercinta, apabila diperintahkan oleh Allah;
" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" [100]Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. [101]Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". [102]Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), [103]Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! [104]"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. [105]Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; [106]Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; [107]Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: [108]"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". [109]Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. [110]Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. [111]
(As-Saaffat : 100-111)
3. Berlepas diri dari kaumnya, atas keengganan mereka beriman.